Friday 23 November 2012

~KeleMBuTan haTi WaNita~


Pesanan untuk Kaum Hawa ^_^

Situasi 1 : Awak dia rapat dengan awak tidak semestinya dia suka kat awak. Kadang dia hanya ingin menghilangkan rasa SUNYI dia sahaja.  Awak jagala hati awak baik2x ok. Hati awak tu terlalu berharga untuk dilukai..

Situasi 2 : ada lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas kemesraan dia dengan perempuan yang dia rapat...jadi perempuan kehana hati-hati bila berkawan dengan lelaki jenis “donut” ni...

Situasi 3 : ada lelaki yang perlukan seseorang untuk dia luahkan perasaan (sedeh/gembira/marah dll) jadi dia rapat dgn perempuan tu...wahai kaum hawa jagalah batas-batas pergaulan dengan lelaki mcm ni...

Situasi 4 : ada lelaki memang rapat dengan semua orang tapi terutama perempaun sehingga menyebabkan perempuan tu jatuh hati kat dia...sedangkan lelaki tersebut Cuma anggap perempuan tu adik angkat/kawan karib dia sahaja...jadi kaum hawa kalau anda sukakan lelaki tersebut cepat-cepat bg tau perasaan kamu kat dia lepas tu jaga ikhtilat lelaki perempuan/suruh dia masuk minang...

Senyum – like – comment – share – sebarkan ^_^

Wednesday 7 November 2012

MeNiPu DaLaM HaRaPaN!!!!

Yahya bin Muaz berkata :
penipuan yang paling besar dalam mengharapkan datangnya rahmat Allah adalah :

  1. sentiasa berbuat dosa dengan harapan dosanya diampuni Allah tanpa disertai penyesalan
  2. merasakan dekat dengan Allah tanpa ada usaha beribadah dan taat kepadaNya
  3. menanti kenikmatan syurga dengan menabur "benih-benih" seksa neraka
  4. mencari tempat kembali orang yang taat (syurga) dengan melakukan maksiat
  5. menanti pahala tanpa beramal
  6. mengharapkan rahmat Allah dengan melakukan perbuatan yang melampaui batas

Tuesday 6 November 2012

Tips Untuk Menghilangkan Stress!!!!!!
Sekarang time musim peperiksaan JOM kita tengok apa yang boleh kita amalkan supaya kita tak stress dalam dok belajar...

1. Biasakan diri supaya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk

2. Kena banyak baca Al-Quran tau ---> penting woo

3. Lepastu kena banyakkan solat sunat cth:     dhuha,hajat,taubat,witir dan tahajjud ---> penting gila kot

4. Yang paling penting walau apa pun keadaan kita jangan sesekali lupa untuk berdoa ---> penting sangat

5. Kita juga kena sentiasa bersangka baik kepada Allah tak kira la betapa beratnya ujian yg kita kena....

6. Beriadah ---> otak cergas badan cerdas,eratkan ukhwah

7. Jaga pemakanan tau

8. Menangislah untuk lepaskan tekanan :’(

9. Senyum selalu nahdapat tambahkan keyakinan diri ^_^

#Tambah pahala---Kurangkan dosa---Tingkatkan darjat#
Senyummmmm  ^_________^

Monday 5 November 2012


cakap kencang bro dlam fb tapi luar...??

percaya atau pun tidak??? tanyalah pd diri sendiri betul ataupun tidak aku begini??? must read!!!

Kat luar tak pernah bertegur sapa.. Pandang pun tak.. Tapi kat dalam FB… kencang! Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri.. Bersalah dengan diri sendiri.. Adakah hipokrit? Sebab tu lah orang cakap, di alam maya, ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..

Ada orang, di alam realiti sangat pemalu. Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken. Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain. Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan jantina. Tapi di alam maya, kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.

Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban.. sungguh, di antara kita tidak terlepas dari masalah menjaga ikhtilat di antara lelaki dan perempuan. Di luar punyalah tsiqah dan warak.. angkat muka pun tak mahu di depan kawan-kawan berlainan jantina.. MALU! Tapi di alam maya………………. tak sanggup nak tulis kat sini. Teramat malu..Malu dengan diri sendiri. Malu kepada Allah. Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..

Ya Allah..

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..

Marilah kita katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar dilihat, tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada hati dan adab sosial seharian. Pelihara hati, pelihara tingkah laku, pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah, pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.

Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Aamiin..^_^

~peringatan utk diri sendiri yg mudah lupa n juga sahabat2 lain. moga Allah redha~

Wednesday 31 October 2012

‎(◠‿◠) NAK COUPLE SANGAT KAN NAH AMBIK NI !!!!!!!! (◠‿◠✿

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect    sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

Jauhi COUPLE, dekati NIKAH...

KENAPA AKU SEDEH MELIHAT KAABAH?

betapa sedeh entah la kenape tetiba ja rasa sedeh melihat kaabah..? walaupun aku hanya melihat gambar di youtube yang dimainkan bersama ceramah dr asri dengan muzik latar yang menyedihkan sehingga membuatkan air mata ku mengalir dalam keadaan tidak disangka sangka...tanpa aku sedari air mataku mengalir------------>lirik lagu sudirman (klu tak silap)
selepas itu aku teringat akan dosa-dosa ku yang telah aku lakukan dan terfikir betapa bodohnya diri ku ini...bagaimana aku akan terpilih oleh Allah untuk ke Baitullah dengan dosa aku yang bertimbun timbun bak bukit mertajam...hmmmmm (apa kena mengena dengan bukit mertajam)

Apakah perasaan anda apabila melihat kaabah?


Tuesday 30 October 2012


APAKAH YANG ANDA INGAT ?

rasa sedih, ketawa, gembira, seronok, tersenyum keseorangan, marah, macam macam lagi perasaan dah jadi macam pasembor...hmmmm
(sekadar perkongsian)

Apabila ingatkan masa lalu alangkah jahilnya diriku perkataan maki hamun sentiasa di mulut walaupun perkataan yang sangat kasar tetapi penuh bermakna ya Allah...setiap teguran yang diberikan penuh dengan perkataan yang kasar tetapi bermakna TAPI apabila ditegur macam macam hujah yang digunakan untuk defend diri sendiri...begitu bongkak, riak, sombongnya diri ini
Alangkah sedihnya apabila dapat ulang tayang balik kehidupan yang dahulu begitu banyak dosa yang dilakukan apakah punya jahil nya aku ketika itu...
apakah yang merubah diri ini?
apakah aku dah benar benar berubah?

:'(

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang dahulu dan yang kemudian yang aku sedari atau pon aku tidak sedari"



Monday 29 October 2012

AMALKAN SUNNAH SEBAGAI GAYA HIDUP

Semakin hari usia kita semakin bertambah dan seharusnya akal fikiran serta tingkah laku menjadi lebih matang. Untuk itu, adalah lebih baik jika akhlak kita bertambah lebih baik lagi kerana sesungguhnya hal terpenting bagi seorang Muslim dalam kehidupan seharian adalah mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam seluruh kehidupannya diwarnai oleh sunnah Rasulullah saw sepanjang hari.
     Apa pengertian sunnah? Sunnah adalah perbuatan yang jika dilakukan akan mendapat ganjara (pahala) dan jika ditinggalkan tidak mengakibatkan dosa. Namun, sebaik-baik Muslim adalah orang yang sentiasa mengamalkan sunnah sebagai gaya hidup mereka.
     Dapat disimpulkan di sini bahawa faedah menerapkan sunnah dalam kehidupan kita yang seterusnya menjadi gaya hidup kita ialah:

1. kita akan sampai kepada darjat mahabbah (kecintaan) Allah kepada hamba-Nya yang Mukmin.

2. sebagai pelengkap kekurangan daripada pelaksanaan ibadah yang wajib.

3. mencegah agar tidak jatuh ke dalam bida'ah

4. sebagai sebahagian daripada pengagungan syiar Islam - Agama Allah.

Waallahuaklam.

Wednesday 13 June 2012

~ Antara LEMAH Dan Lembut Wanita ~

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam

Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu...
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi..
Hukum agama telah terpapar..

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

p/s:tapi tak semua lelaki spt di ats..ada juga ye berganding bahu...membantu isteri...melakukan kerja2 rumah juga bergilir mnjaga ank2....betulkan..:)

Tuesday 29 May 2012

~JUJUR DALAM PERKATAAN~

     Diceritakan oleh Qatadah ibnu Nu'man : Pada suatu hari,Rifa'ah bin Zaid iaitu pakcikku-membeli beberapa karung gandum yang kemudiannya disimpan di gudang miliknya. Gudang itu juga sebagai tempat penyimpanan peralatan perang. Kemudian, pada suatu malam, gudang itu dibongkar dan seluruh isinya dicuri. Kaum muslim pun mengadakan penyelidikan atas pencurian itu. Beberapa orang menjelaskan, pada malam kejadian, Bani Ubairiq mengadakan pesta dengan memasak tepung gandum yang lazat.
     Namun, Bani Ubairiq menolak dakwaan itu dan berkata "Demi Allah, mungkin pelakunya adalah Labid bin Sahl." Padahal,Labid masyur sebagai seorang muslin yang jujur dan taat kepada Allah. Terjadilah pertikaian antara Labid dan Bani Ubairiq. Aku pun menghadap Rasulullah saw dan menceritakan kejadian itu. Rasulullah saw pun bersabda "Aku akan mengadakan penelitian terlebih dahulu."
     Mengatahui niat Rasulullah saw, Bani Ubairiq pun mengadap Baginda dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Qatadah dan pakciknya, Rifa'ah, telah menuduh seorang berakhlak baik dari Bani Ubairiq sebagai pencuri."
     Atas ucapan itu, maka turunlah ayat ini :

4:105
Maksudnya :


Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (Surah An-Nisa' 4:105) ~Riwayat at-Tirmizi dan Hakim

Sunday 20 May 2012

JANGAN SALAH PILIH

     Kita mesti selalu berhati-hati memilih teman. Berteman dengan cerdik pandai mengajar kita menggunakan masa dengan efektif. Tokoh yang berjaya dalam hidup sangat memilih dalam pergaulan. Tersilap memilih teman dapat merosakkan akhlak dan budi pekerti,bahkan merosakkan hidup seluruhnya.
     Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Perumpamaan teman yang baik dan buruk seperti penjual minyak wangi dan peniup api. Daripada penjual minyak, engkau akan mendapat minyak itu ataupun terkena bau wanginya. Adapun daripada peniup api, baju engkau akan terbakar atau mendapat bau busuknya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PILIH YANG

~BERILMU~
     Siapakah orang yang boleh kita jadikan teman?Berkata Imam al-Syafi'i: "Sesiapa yang tidak menyukai ilmu, tiada kebaikan pada dirinya. Maka, janganlah ada ikatan perkenalan dan persahabatan antara dirimu dengan dirinya." Diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab (Manaqib al-Syafi'i)
     Tanpa ilmu, manusia tidak berbeza daripada haiwan. Ia tidak mengenal Allah dan tidak tahu hukum-hukum agama. Berkawan dengan orang ini hanya akan membahayakan diri sendiri.Pemuda Islam yang cinta akan ilmu suka bergaul dengan orang berilmu yang menambahkan ilmu. Ia tidak suka berteman dengan orang yang mencintai ilmu kerana orang seperti ini hanya akan mengganggu langkahnya menuju Allah s.w.t.

~BERIMAN~
     Seorang teman yang baik mestilah memiliki sifait-sifat yang disebutkan oleh Ibn Ataillah al-Sakandari. Beliau berkata: "Janganlah berteman dengan orang yang tidak meningkatkan keimananmu dan ucapannya tidak menunjukkan dirimu kepada Allah." (Kitab Al-Hikam)
     Ini bermakna, kita perlu mencari teman-teman yang dekat hubungannya dengan Allah. Teman yang apabila kita lihat perbuatan membuatkan kita ingin mengikutnya dan meneladaninya, dengar ucapannya membuatkan kita ingat pada Allah,Rasul-Nya dan hari akhirat.Berkata Ja'far bin Sulaiman: "Setiap kali hatiku terasa keras aku mendatangi Muhammad bin Wasi' untuk melihat ibadahnya. Kesannya kekal pada hatiku selama berhari-hari."

Wallahuaklam...

Monday 14 May 2012

EMPAT BEKAL KE AKHIRAT

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a.:
Wahai Abu Dzar,

Friday 11 May 2012

PERBEZAAN KENALAN DAN KAWAN DAN SAHABAT

1. Kenalan : Golongan yang kita sekadar kenal dan bertegur sapa sahaja. Paling tidak pun, hanya minum di kedai mamak sekali sekala. Ramaikan golongan ini sekitar anda.

2. Kawan : Golongan ini agak rapat dengan kita. Kita biasa menghabiskan masa bersama. Hadkan golongan ini kerana kita perlu bijak memilih yang sesuai dan tidak membawa kita ke arah yang lebih teruk.

3. Sahabat : Golongan ini paling rapat dan tahu segalanya menganai kita. Kadang-kadang kita bawa dia ke rumah dan menganggap seperti sebuah keluarga. Ini yang paling sedikit dan pastikan telah ditapis sebaik mungkin dan melepasi kedua-dua golongan di atas.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut perumpamaan dalam bersahabat,"Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi,baju kita turut berbau wangi. Sebaliknya, jika kita berkawan dengan tukang besi, baju kita akan terbakar atau paling tidak, kita akan terkena bau besi tersebut."


Wednesday 9 May 2012

ISIKAN JIWA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN

     Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran al-Karim. Bagi orang yang begini, jiwanya mudah "dirasuk" syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
     Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran. Tidak boleh mengatakan tidak, sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal memandu manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t. sehingga kiamat. Kitab agung yang mengadungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum-hukum, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
     Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mengaar manusia ke arah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar:

1. benar dalam perkataan
2. benar dalam niat dan kehendak
3. benar dalam keazaman
4. benar dalam menepati janji
5. benar dalam amalan

     Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita. Usah abaikannya.
Wallahuaklam.

Friday 20 April 2012


PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”.

Namrud hancur kerana nyamuk


“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan.
Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa.
Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.
Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.
Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu kerika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.
Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.
Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.
"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad.
Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.

"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.
Tambahnya lagi, Allah ada berfirman,
"Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan burukitu agar mereka kembali insaf." Surah Al-Rum: 41
"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris.
Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat.
Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.
Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia.
Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan.
"Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan," nasihat Ustaz Idris.

Thursday 19 April 2012


BERSAHABAT DENGAN JUJUR


ALLHAMDULILLAH. Andainya kita bersahabat, amatlah dianjurkan agar dapat mengekalkan persahabatan itu di dunia dan juga diakhirat. Bagaimana? Bersahabatlah dengan ikhlas dan jujur. Saling menasihati, memberi inspirasi, motivasi, mengasihi dan meneladani perkara kebaikan.

Ada beberapa perbuatan yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan amalkan dalam persahabatan, ikutlah pesanan Rasulullah s.a.w.:

  1. Mempamerkan akhlak yang mulia apabila bersama orang lain, sabda Nabi saw: "Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
  2. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain, sabda Nabi saw:"Allah tidak menambahkan sesuatu atas seorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan."
  3. Mempraktikkan sikap malu Rasulullah saw, sabdanya:"Malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu berada di dalam syurga."
  4. Mencari sahabat baik kerana ia termasuk dalam ciri-ciri kebahagiaan seorang manusia berdasarkan sabda Nabi saw daripada Saidina Ali.
  5. Mengajak manusia ke arah kebaikan dunia dan akhirat, Abu Soleh berkata:"Seorang mukmin itu adalah orang yang bergaul denganmu dengan baik, dan menunjuki kepada kebaikan dalam agamamu dan duniamu."
Semoga persahabatan yang kita jalin dengan rakan-rakan yang baik dapat membawa kepada keikhlasan dalam perjalanan hidup dan diredai Allah swt.

Wallahua'lam