Wednesday 9 May 2012

ISIKAN JIWA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN

     Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran al-Karim. Bagi orang yang begini, jiwanya mudah "dirasuk" syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
     Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran. Tidak boleh mengatakan tidak, sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal memandu manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t. sehingga kiamat. Kitab agung yang mengadungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum-hukum, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
     Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mengaar manusia ke arah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar:

1. benar dalam perkataan
2. benar dalam niat dan kehendak
3. benar dalam keazaman
4. benar dalam menepati janji
5. benar dalam amalan

     Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita. Usah abaikannya.
Wallahuaklam.

2 comments:

  1. perkongsian yg baik ustaz AZAM (ahmad zuhair abdul manaf)...:)

    ReplyDelete