Tuesday 7 May 2013

Warkah Buat Insan Yang Ku Sayangi...


Sejak Lahir aku telah dididik supaya menyintaimu, menyayangimu, menyokongmu, mendokongmu, walaupun aku tidak mengenalmu tapi aku yakin kamulah orang yang baik, orang yang hebat dengan perwatakan yang sangat menyejukkan hatiku, kamulah orang yang sangat aku hormati hebat dengan sifat kepimpinan Islam 

Apabila sudah meningkat usiaku, aku melihat TV, Facebook, Youtube dan risalah yang sentiasa memakimu, mencacimu dan bermacam-macam jenis tomahan yang mereka lemparkan kepada mu. Tetapi aku tetapkan pendirian ku, aku tertanya-tanya :

"Mengapa insan yang warak, insan seperti ini mereka lakukan sampai begini sekali, Ya Allah 

 sampai bila mereka akan jadi begini, tidakkah mereka berfikir?

Apabila sudah aku mengenali beliau, aku ingin menjadi sepertinya, aku ingin meniru perwatakannya, aku ingin menjadi pemimpin yang hebat sepertinya. Walaupun kesedihan melanda diriku, aku tidak akan berganjak daripada perjuanganmu, aku akan terus mendokongmu, aku akan terus menjadi mata rantai yang akan menyambung perjuanganmu sampai akhir hayat ku.

Ayuh anak muda kita bangkit, kita teruskan perjuangan murni ini, perjuangan menegakkan Islam di tanah air kita, Jangan sampai kesedihan kita ini menyebabkan semangat kita terus lemah, teruskan bersemangat dalam perjuangan ini...

Minta maaf daripada ku andainya penulisan aku ada yang mengguriskan hati para pembaca sekalian.

Keep on smiling
  

Friday 23 November 2012

~KeleMBuTan haTi WaNita~


Pesanan untuk Kaum Hawa ^_^

Situasi 1 : Awak dia rapat dengan awak tidak semestinya dia suka kat awak. Kadang dia hanya ingin menghilangkan rasa SUNYI dia sahaja.  Awak jagala hati awak baik2x ok. Hati awak tu terlalu berharga untuk dilukai..

Situasi 2 : ada lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas kemesraan dia dengan perempuan yang dia rapat...jadi perempuan kehana hati-hati bila berkawan dengan lelaki jenis “donut” ni...

Situasi 3 : ada lelaki yang perlukan seseorang untuk dia luahkan perasaan (sedeh/gembira/marah dll) jadi dia rapat dgn perempuan tu...wahai kaum hawa jagalah batas-batas pergaulan dengan lelaki mcm ni...

Situasi 4 : ada lelaki memang rapat dengan semua orang tapi terutama perempaun sehingga menyebabkan perempuan tu jatuh hati kat dia...sedangkan lelaki tersebut Cuma anggap perempuan tu adik angkat/kawan karib dia sahaja...jadi kaum hawa kalau anda sukakan lelaki tersebut cepat-cepat bg tau perasaan kamu kat dia lepas tu jaga ikhtilat lelaki perempuan/suruh dia masuk minang...

Senyum – like – comment – share – sebarkan ^_^

Wednesday 7 November 2012

MeNiPu DaLaM HaRaPaN!!!!

Yahya bin Muaz berkata :
penipuan yang paling besar dalam mengharapkan datangnya rahmat Allah adalah :

  1. sentiasa berbuat dosa dengan harapan dosanya diampuni Allah tanpa disertai penyesalan
  2. merasakan dekat dengan Allah tanpa ada usaha beribadah dan taat kepadaNya
  3. menanti kenikmatan syurga dengan menabur "benih-benih" seksa neraka
  4. mencari tempat kembali orang yang taat (syurga) dengan melakukan maksiat
  5. menanti pahala tanpa beramal
  6. mengharapkan rahmat Allah dengan melakukan perbuatan yang melampaui batas

Tuesday 6 November 2012

Tips Untuk Menghilangkan Stress!!!!!!
Sekarang time musim peperiksaan JOM kita tengok apa yang boleh kita amalkan supaya kita tak stress dalam dok belajar...

1. Biasakan diri supaya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk

2. Kena banyak baca Al-Quran tau ---> penting woo

3. Lepastu kena banyakkan solat sunat cth:     dhuha,hajat,taubat,witir dan tahajjud ---> penting gila kot

4. Yang paling penting walau apa pun keadaan kita jangan sesekali lupa untuk berdoa ---> penting sangat

5. Kita juga kena sentiasa bersangka baik kepada Allah tak kira la betapa beratnya ujian yg kita kena....

6. Beriadah ---> otak cergas badan cerdas,eratkan ukhwah

7. Jaga pemakanan tau

8. Menangislah untuk lepaskan tekanan :’(

9. Senyum selalu nahdapat tambahkan keyakinan diri ^_^

#Tambah pahala---Kurangkan dosa---Tingkatkan darjat#
Senyummmmm  ^_________^

Monday 5 November 2012


cakap kencang bro dlam fb tapi luar...??

percaya atau pun tidak??? tanyalah pd diri sendiri betul ataupun tidak aku begini??? must read!!!

Kat luar tak pernah bertegur sapa.. Pandang pun tak.. Tapi kat dalam FB… kencang! Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri.. Bersalah dengan diri sendiri.. Adakah hipokrit? Sebab tu lah orang cakap, di alam maya, ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..

Ada orang, di alam realiti sangat pemalu. Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken. Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain. Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan jantina. Tapi di alam maya, kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.

Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban.. sungguh, di antara kita tidak terlepas dari masalah menjaga ikhtilat di antara lelaki dan perempuan. Di luar punyalah tsiqah dan warak.. angkat muka pun tak mahu di depan kawan-kawan berlainan jantina.. MALU! Tapi di alam maya………………. tak sanggup nak tulis kat sini. Teramat malu..Malu dengan diri sendiri. Malu kepada Allah. Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..

Ya Allah..

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..

Marilah kita katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar dilihat, tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada hati dan adab sosial seharian. Pelihara hati, pelihara tingkah laku, pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah, pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.

Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Aamiin..^_^

~peringatan utk diri sendiri yg mudah lupa n juga sahabat2 lain. moga Allah redha~

Wednesday 31 October 2012

‎(◠‿◠) NAK COUPLE SANGAT KAN NAH AMBIK NI !!!!!!!! (◠‿◠✿

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect    sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

Jauhi COUPLE, dekati NIKAH...

KENAPA AKU SEDEH MELIHAT KAABAH?

betapa sedeh entah la kenape tetiba ja rasa sedeh melihat kaabah..? walaupun aku hanya melihat gambar di youtube yang dimainkan bersama ceramah dr asri dengan muzik latar yang menyedihkan sehingga membuatkan air mata ku mengalir dalam keadaan tidak disangka sangka...tanpa aku sedari air mataku mengalir------------>lirik lagu sudirman (klu tak silap)
selepas itu aku teringat akan dosa-dosa ku yang telah aku lakukan dan terfikir betapa bodohnya diri ku ini...bagaimana aku akan terpilih oleh Allah untuk ke Baitullah dengan dosa aku yang bertimbun timbun bak bukit mertajam...hmmmmm (apa kena mengena dengan bukit mertajam)

Apakah perasaan anda apabila melihat kaabah?