Tuesday 29 May 2012

~JUJUR DALAM PERKATAAN~

     Diceritakan oleh Qatadah ibnu Nu'man : Pada suatu hari,Rifa'ah bin Zaid iaitu pakcikku-membeli beberapa karung gandum yang kemudiannya disimpan di gudang miliknya. Gudang itu juga sebagai tempat penyimpanan peralatan perang. Kemudian, pada suatu malam, gudang itu dibongkar dan seluruh isinya dicuri. Kaum muslim pun mengadakan penyelidikan atas pencurian itu. Beberapa orang menjelaskan, pada malam kejadian, Bani Ubairiq mengadakan pesta dengan memasak tepung gandum yang lazat.
     Namun, Bani Ubairiq menolak dakwaan itu dan berkata "Demi Allah, mungkin pelakunya adalah Labid bin Sahl." Padahal,Labid masyur sebagai seorang muslin yang jujur dan taat kepada Allah. Terjadilah pertikaian antara Labid dan Bani Ubairiq. Aku pun menghadap Rasulullah saw dan menceritakan kejadian itu. Rasulullah saw pun bersabda "Aku akan mengadakan penelitian terlebih dahulu."
     Mengatahui niat Rasulullah saw, Bani Ubairiq pun mengadap Baginda dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Qatadah dan pakciknya, Rifa'ah, telah menuduh seorang berakhlak baik dari Bani Ubairiq sebagai pencuri."
     Atas ucapan itu, maka turunlah ayat ini :

4:105
Maksudnya :


Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (Surah An-Nisa' 4:105) ~Riwayat at-Tirmizi dan Hakim

Sunday 20 May 2012

JANGAN SALAH PILIH

     Kita mesti selalu berhati-hati memilih teman. Berteman dengan cerdik pandai mengajar kita menggunakan masa dengan efektif. Tokoh yang berjaya dalam hidup sangat memilih dalam pergaulan. Tersilap memilih teman dapat merosakkan akhlak dan budi pekerti,bahkan merosakkan hidup seluruhnya.
     Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Perumpamaan teman yang baik dan buruk seperti penjual minyak wangi dan peniup api. Daripada penjual minyak, engkau akan mendapat minyak itu ataupun terkena bau wanginya. Adapun daripada peniup api, baju engkau akan terbakar atau mendapat bau busuknya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PILIH YANG

~BERILMU~
     Siapakah orang yang boleh kita jadikan teman?Berkata Imam al-Syafi'i: "Sesiapa yang tidak menyukai ilmu, tiada kebaikan pada dirinya. Maka, janganlah ada ikatan perkenalan dan persahabatan antara dirimu dengan dirinya." Diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab (Manaqib al-Syafi'i)
     Tanpa ilmu, manusia tidak berbeza daripada haiwan. Ia tidak mengenal Allah dan tidak tahu hukum-hukum agama. Berkawan dengan orang ini hanya akan membahayakan diri sendiri.Pemuda Islam yang cinta akan ilmu suka bergaul dengan orang berilmu yang menambahkan ilmu. Ia tidak suka berteman dengan orang yang mencintai ilmu kerana orang seperti ini hanya akan mengganggu langkahnya menuju Allah s.w.t.

~BERIMAN~
     Seorang teman yang baik mestilah memiliki sifait-sifat yang disebutkan oleh Ibn Ataillah al-Sakandari. Beliau berkata: "Janganlah berteman dengan orang yang tidak meningkatkan keimananmu dan ucapannya tidak menunjukkan dirimu kepada Allah." (Kitab Al-Hikam)
     Ini bermakna, kita perlu mencari teman-teman yang dekat hubungannya dengan Allah. Teman yang apabila kita lihat perbuatan membuatkan kita ingin mengikutnya dan meneladaninya, dengar ucapannya membuatkan kita ingat pada Allah,Rasul-Nya dan hari akhirat.Berkata Ja'far bin Sulaiman: "Setiap kali hatiku terasa keras aku mendatangi Muhammad bin Wasi' untuk melihat ibadahnya. Kesannya kekal pada hatiku selama berhari-hari."

Wallahuaklam...

Monday 14 May 2012

EMPAT BEKAL KE AKHIRAT

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a.:
Wahai Abu Dzar,

Friday 11 May 2012

PERBEZAAN KENALAN DAN KAWAN DAN SAHABAT

1. Kenalan : Golongan yang kita sekadar kenal dan bertegur sapa sahaja. Paling tidak pun, hanya minum di kedai mamak sekali sekala. Ramaikan golongan ini sekitar anda.

2. Kawan : Golongan ini agak rapat dengan kita. Kita biasa menghabiskan masa bersama. Hadkan golongan ini kerana kita perlu bijak memilih yang sesuai dan tidak membawa kita ke arah yang lebih teruk.

3. Sahabat : Golongan ini paling rapat dan tahu segalanya menganai kita. Kadang-kadang kita bawa dia ke rumah dan menganggap seperti sebuah keluarga. Ini yang paling sedikit dan pastikan telah ditapis sebaik mungkin dan melepasi kedua-dua golongan di atas.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut perumpamaan dalam bersahabat,"Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi,baju kita turut berbau wangi. Sebaliknya, jika kita berkawan dengan tukang besi, baju kita akan terbakar atau paling tidak, kita akan terkena bau besi tersebut."


Wednesday 9 May 2012

ISIKAN JIWA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN

     Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran al-Karim. Bagi orang yang begini, jiwanya mudah "dirasuk" syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
     Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran. Tidak boleh mengatakan tidak, sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal memandu manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t. sehingga kiamat. Kitab agung yang mengadungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum-hukum, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
     Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mengaar manusia ke arah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar:

1. benar dalam perkataan
2. benar dalam niat dan kehendak
3. benar dalam keazaman
4. benar dalam menepati janji
5. benar dalam amalan

     Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita. Usah abaikannya.
Wallahuaklam.