Thursday 19 April 2012


BERSAHABAT DENGAN JUJUR


ALLHAMDULILLAH. Andainya kita bersahabat, amatlah dianjurkan agar dapat mengekalkan persahabatan itu di dunia dan juga diakhirat. Bagaimana? Bersahabatlah dengan ikhlas dan jujur. Saling menasihati, memberi inspirasi, motivasi, mengasihi dan meneladani perkara kebaikan.

Ada beberapa perbuatan yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan amalkan dalam persahabatan, ikutlah pesanan Rasulullah s.a.w.:

  1. Mempamerkan akhlak yang mulia apabila bersama orang lain, sabda Nabi saw: "Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
  2. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain, sabda Nabi saw:"Allah tidak menambahkan sesuatu atas seorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan."
  3. Mempraktikkan sikap malu Rasulullah saw, sabdanya:"Malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu berada di dalam syurga."
  4. Mencari sahabat baik kerana ia termasuk dalam ciri-ciri kebahagiaan seorang manusia berdasarkan sabda Nabi saw daripada Saidina Ali.
  5. Mengajak manusia ke arah kebaikan dunia dan akhirat, Abu Soleh berkata:"Seorang mukmin itu adalah orang yang bergaul denganmu dengan baik, dan menunjuki kepada kebaikan dalam agamamu dan duniamu."
Semoga persahabatan yang kita jalin dengan rakan-rakan yang baik dapat membawa kepada keikhlasan dalam perjalanan hidup dan diredai Allah swt.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment